Sunday, November 2, 2008

F1 2008

PELUMBA Brazil, Felipe Massa (dua dari kiri), pelumba Sepanyol, Fernando Alonso (kiri), Kimi Raikkonen (dua dari kanan) dari Finland dan Stefano Domenicali, Pengarah Ferrari F1 berpasukan, melambai dari podium setelah menghabiskan perlumbaan F1 GP Brazil, di litar Interlagos, Sao Paulo. Massa memenangi perlumbaan itu namun pemandu British, Lewis Hamilton yang meraih tempat kelima, muncul juara keseluruhan F1 musim 2008.

Gambar kecil: Hamilton bersama ketua pasukan McLaren Mercedes, Ron Dennis meraikan kemenangan bersejarah Hamilton sebagai pelumba termuda menjuarai F1.

5 November 2008 : Remaja pecah rekod angkat beban guna jari kelingking

SASHELADEVI melakukan angkatan 41 kilogram menggunakan dua jari kelingking di Bukit Mertajam.

Remaja perempuan, E Shasheladevi, 17, mencatatkan namanya dalam Malaysia Book of Records (MBR), semalam, selepas berjaya mengangkat bebanan 41 kilogram (kg) dengan menggunakan jari kelingking.

Rekod itu turut mengatasi catatan Guiness World Records (GWR) dilakukan seorang lelaki di luar negara tahun lalu yang mengangkat bebanan 40 kg dengan cara sama.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam itu pada mulanya menyasarkan bebanan 35 kg.

“Saya yakin untuk mengangkat sehingga 35 kg berdasarkan latihan sebelum ini, tetapi tidak sangka mampu melakukan angkatan sehingga 41 kg.

“Lebih mengejutkan, saya dimaklumkan turut berjaya mengatasi rekod GWR yang dilakukan tahun lalu dan berazam terus melakar nama Malaysia dengan kejayaan lain dalam bidang ini,” katanya selepas menerima sijil daripada Pegawai MBR, Ricky Tan.

Anak ketiga daripada empat beradik itu melakukan lima percubaan melalui angkatan 25 kg, 30 kg, 35, 40 kg sebelum mencecah 41 kg, yang tidak pernah dilakukan di negara ini.

Percubaan itu diadili Jurulatih Angkat Berat negara, Stefan Stefanov dan pengadil angkat berat, A Ramasamy di depan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Shasheladevi yang juga atlit angkat berat negeri, berkata dia sentiasa menanam keazaman untuk melakukan angkatan terbaik bagi mencatatkan nama dalam MBR , hasil tunjuk ajar jurulatih, M Thanabalasingam. Pada percubaan itu, murid Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bukit Mertajam, T Thirilohgan, 10, turut mencatat nama dalam MBR apabila berjaya mengangkat beban 25 kg menggunakan jari tengah.

Sementara itu, Thanabalasingam berkata, dia gembira dengan kejayaan dua anak didiknya dengan seorang mereka ialah anak lelaki sulungnya.

Monday, October 27, 2008

Bandar Syurga China

PENGUNJUNG boleh menaiki bot sambil menikmati keindahan rumah terapung di Wuzhen Dongzha Scenic Zone.
SAMPAN tradisional membawa pengunjung mengelilingi tasik di West Lake.


AKTIVITI harian penduduk di Wuzhen Dongzha Scenic Zone.


Wanita, sutera hiasi warisan sejarah KECANTIKAN gadis dan kesempurnaan sutera di Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang dikisahkan pernah menjadi kegemaran maharaja pada zaman lampau dan hingga kini, kisah itu menjadi kebanggaan penduduk tempatan.
Malah dikatakan kerana dua faktor ini menyebabkan maharaja mengarahkan pembinaan Terusan Utama Beijing-Hangzhou, yang kini diiktiraf sebagai terusan buatan manusia terpanjang di dunia.
Berkulit putih halus dengan tubuh kecil molek dan gebu serta mempunyai anak mata hitam pekat adalah antara ciri gadis tempatan di bandaraya yang mempunyai sejarah lebih 7,000 tahun.
Dikatakan maharaja bukan saja terpesona dengan kecantikan mereka, tetapi tingkah laku lemah-lembut, mewakili gaya hidup bahagian timur negara itu yang tidak terdapat di tempat lain. Dari segi penghasilan sutera, Hangzou dikatakan mengeluarkan sutera paling berkualiti di China kerana kelebihan cuaca serta bentuk muka bumi yang sesuai untuk industri itu.
Hangzhou turut menjadi tarikan disebabkan keindahan panorama hijau yang diterjemahkan dalam landskap taman tasik tradisional hingga dinamakan antara 10 lokasi paling cantik di China. Kesempatan melawat bandaraya yang mendapat jolokan `Bandar Syurga China' bersama kru Majalah Tiga dan wakil media lain yang dibawa khas syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, Air Asia X, baru-baru ini mengizinkan penulis menyaksikan sendiri kebenaran kisah silam ini.
Benar seperti digambarkan, kebanyakan wanita Hangzhou memang cantik dan menarik, manakala kualiti sutera adalah antara yang terbaik di dunia.
Bagaimanapun bukan wanita dan sutera yang menarik hati. Penulis lebih terpikat kepada keindahan landskap taman serta pelbagai warisan sejarah yang terpelihara rapi di bandaraya yang diiktiraf sebagai Bandar Pelancongan Terbaik China 2007.
Bercerita mengenai taman, pastinya West Lake yang mempunyai keluasan kira-kira enam kilometer persegi dan menjadi lokasi wajib dilawati di Hangzhou menjadi tumpuan utama.
West Lake dikelilingi bukit-bukau dalam tiga arah dan bersambung dengan bandar kecil di sebalik bukit berkenaan yang dilalui Sungai Qiantang, yang secara tidak langsung membentuk landskap unik - tasik, bukit-bukau, bandar dan sungai yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tasik yang terkenal dengan keindahan memukau ini turut menempatkan beberapa tapak sejarah dan kebudayaan penting China.
Antara lokasi yang sering dipenuhi pelancong ialah Enam Pagoda Harmoni, Solitary Hill, Kuil Ling Yin serta Makam Jeneral Yui Fei, iaitu panglima tentera terkenal Dinasti Song Timur. Selain itu, bangunan warisan silam serta batu berukir yang mempunyai nilai artistik dan sejarah tersendiri yang menjadi warisan berharga negara itu terdapat di West Lake.
Difahamkan terdapat puluhan tasik di China, malah di seluruh dunia dikenali dengan nama West Lake, tetapi selalunya nama itu dikatakan merujuk kepada West Lake di Hangzhou.
Perkampungan Teh Mei Jiawu yang mempunyai sejarah lebih 600 tahun yang terletak di bahagian barat West Lake juga mempunyai tarikan tersendiri.
Kedudukan di lembah dengan pokok teh di atas bukit yang mengelilinginya menghasilkan pemandangan sangat memukau. Keistimewaan perkampungan ini ialah ia menghasilkan teh hijau terbaik di dunia dikenali dengan nama West Lake Dragon Well. Petani di sini mengekalkan kaedah pemprosesan teh tradisional diwarisi nenek moyang mereka sejak ratusan tahun lalu.
Puas menghirup teh hijau, destinasi menarik lain ialah perkampungan air dikenali sebagai Wuzhen Dongzha Scenic Zone. Terdapat kira-kira 300 rumah tradisional dibina di tepi Sungai DongShi yang bersambung dengan Terusan Utama Beijing-Hangzhou.
Menariknya perkampungan ini ialah ia kelihatan terapung dengan sebahagian tiang asasnya berada dalam sungai. Pengunjung boleh menikmati pemandangan unik perkampungan ini menaiki sampan tradisional China.
Kunjungan ke Hangzhou sememangnya berbaloi kerana selain tempatnya yang menarik, kedudukannya yang berhampiran bandaraya Shanghai, membolehkan pelancong menjadikannya transit sebelum ke bandaraya itu yang hanya mengambil masa satu jam perjalanan kereta api peluru atau tiga jam dengan bas.
Tidak seperti ribuan tahun lalu, kini mereka yang ingin ke Hangzhou tidak perlu bersusah payah melalui terusan, sebaliknya hanya perlu menaiki penerbangan domestik terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan, Hangzhou atau Air Asia X jika dari Malaysia.
INFO
Keistimewaan Hangzhou

Marco Polo yang datang ke Hangzhou pada abad ke-13 menyifatkan bandaraya itu sebagai bandar raya paling cantik di dunia serta mendapat jolokan 'Bandar Syurga China'.

Ibu negeri wilayah Zhejiang terletak di selatan Sungai Yangtze di pantai timur China.

Mempunyai keistimewaan dari segi landskap dan seni bina tradisional yang dipelihara dengan baik.

West Lake mempunyai keindahan yang boleh disaksikan dari 10 sudut menarik yang dinamakan mengikut puisi Cina.
Bagaimana ke sana?

Air Asia X membuat lima penerbangan seminggu dari terminal tambang murah (LCCT) Sepang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan, Hangzhou.

Pengunjung boleh menjadikan Hangzhou sebagai transit untuk ke Shanghai jika inginkan penerbangan dengan kos lebih murah menggunakan Air Asia X.

Terdapat dua cara ke Shanghai dari Hangzhou, iaitu menggunakan bas yang mengambil masa tiga jam atau kereta api peluru yang mengambil masa satu jam.

Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan menggunakan agensi pelancongan melalui pakej Air Asia X dengan melayari laman web Air Asia, www.airasia.com





Tuesday, October 21, 2008




















Bekas kubu simpan tinggalan, kesan perang lebih tiga dekad rejim Sepanyol MUNGKIN sukar dipercayai, peristiwa berlaku 500 tahun lalu di kota metropolitan Manila, Filipina boleh dijejaki semula hanya dalam tempoh sehari dengan mengunjungi Muzium Intramuros yang dibina sebelum era penjajahan Sepanyol di Filipina pada 1570.

Muzium itu adalah kubu perang kerajaan Manila di Pulau Luzon pada zaman silam dan turut digunakan sebagai tapak pertahanan untuk menentang Sepanyol, selain bukti kebangkitan rakyat Filipina menuntut kemerdekaan.

Tiga tokoh yang sinonim dengan perjuangan kemerdekaan Filipina daripada penjajahan Sepanyol iaitu Rajah Sulayman, Lapu-Lapu dan Dr Jose Rizal bagaikan berada di depan mata ketika berada di destinasi unik itu. Ia dilengkapi pelbagai plak dokumen sejarah, lukisan, arca, patung wira republik, replika pelbagai peralatan meliputi senjata, teko dan mesin percetakan majalah serta akhbar dan kenderaan pada era kolonial.

Pengunjung disajikan dengan tayangan video dilakonkan semula mengenai kejayaan Sepanyol diketuai panglima perang, Miguel Lopez de Legaspi menawan kerajaan Manila yang ditadbir Rajah Sulayman pada 1570.

Rajah Sulayman, tokoh Islam berketurunan Tausug terus berjuang mengembalikan kedaulatan kerajaan Manila sehingga mati dibunuh penjajah pada 1571. Lapu-Lapu yang juga beragama Islam berketurunan Tausug adalah Raja Mactan, sebuah wilayah di Pulau Cebu dan beliau dikenang kerana berjaya membunuh lagenda pelayar, penakluk dan penyebar Kristian Sepanyol berbangsa Portugis, Ferdinand Magellan pada 27 April 1521.

Lapu-Lapu atau juga dikenali Kalifah Pulaka masyhur sebagai tokoh nasionalis dan rakyat Filipina yang pertama menentang kolonial Sepanyol. Sebagai mengenang jasanya, rakyat Cebuano menggantikan nama kota Opon di Cebu kepada Kota Lapu-Lapu, selain mendirikan patung tokoh itu.

Rizal pula dihukum bunuh dengan menembaknya pada 28 Ogos 1893 kerana membangkitkan semangat patriotisme rakyat memerdekakan Filipina menerusi pena termasuk karyanya di majalah Sepanyol, La Solidaridad. Di luar Muzium Intramuros yang dikenali wilayah Intramuros yang bermaksud `Berada dalam cermin' menyimpan banyak sejarah sebagai pusat politik, ketenteraan dan budaya kekuasaan rejim Sepanyol selama 328 tahun di Manila.

Gereja Roman Katholik bersejarah San Augustine yang dibina pada 1508 adalah antara tarikan kawasan ini, begitu juga bangunan Intendencia Ruin yang musnah dibom ketika Perang Dunia Kedua pada 1941 hingga 1945. Casa Manila pula adalah kediaman eksklusif pembesar Sepanyol dilengkapi gerbang dihiasi kereta kuda dan pedati, ruang tamu ada landskap indah, bilik rehat pembesar, perabot lama, seterika antik menggunakan arang kayu, dapur kayu api dan pelbagai aksesori pada era 1800.

Keunikan kota metropolitan Manila dapat dinikmati penulis bersama 11 rakan media dari Sabah dan pegawai Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yang berada empat hari di situ atas jemputan Jabatan Pelancongan Filipina dan Syarikat Penerbangan Cebu Pasific Air (CEB) pada 15 hingga 18 Ogos lalu.

Pengangkutan unik turut ditawarkan kepada pengunjung di Manila iaitu kenderaan dikenali `jeepney' yang menjadi identiti kota metropolitan itu, selain boleh kembali ke zaman silam dengan menaiki kereta kuda atau beca. Bagi mereka yang berminat membeli kraf tangan unik dan pakaian ada corak keindahan Filipina, Mananzan Handicrafts, Pusat Beli-Belah Green Hills dan Tiendesitas adalah destinasi yang wajib dikunjungi.

Mengunjungi Green Hills membolehkan penulis menemui peniaga beragama Islam dari etnik Maranao atau di negara kita, Iranun yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian dan kraf tangan.

Seorang peniaga wanita yang memperkenalkan dirinya dari etnik Maranao, terkejut apabila penulis menyapanya `Antuna e abar?' (bahasa Iranun yang bermaksud `Apa khabar?') serta peniaga itu menjawab `Mapia' (khabar baik). Pusat Rekreasi Enchanted Kingdom menjanjikan keunikan tersendiri dengan pengunjung seolah-olah berada di tiga benua iaitu Victoria Park bagaikan di London; Midway Boardwalk pula membawa pengujung ke salah sebuah taman hiburan tertua Amerika Syarikat di Pulau Coney; dan Jungle Outpost menyingkap misteri dan pengembaraan lasak di hutan tebal Amazon, Brazil.

Justeru, kunjungan ke kota metropolitan Manila membawa pengunjung ke dua era berbeza iaitu zaman moden dan ketika penjajahan Sepanyol pada 1570 hingga 1898.

FAKTA: Filipina

Filipina memiliki 7,107 pulau yang menawarkan keindahan semula jadi, pengembaraan lasak di darat dan dasar laut serta penduduknya kaya dengan kebudayaan.
Kelab Rekreasi dan Permainan (Pagcor) menawarkan aksi akrobatik yang menghiburkan dengan penampilan gabungan kumpulan akrobatik dari Filipina, China dan Russia yang membuat persembahan dua jam.

Taman Peringatan Perang Filipina seluas 16 hektar menyemadikan 17,000 tentera Filipina,, Amerika Syarikat, Israel dan Burma yang terkorban ketika Perang dunia Kedua pada 1941 hingga 1945.

Istana Kelapa, simbolik Filipina sebagai pengeluar kopra dan minyak kelapa terbesar di dunia dibina menggunakan 100 peratus sumber kelapa merangkumi pokok, tempurung dan sabut menjadi antara tarikan Manila.

Mall of Asia iaitu pusat beli-belah terbesar di Asia dan keempat terbesar di dunia yang merentangi tiga kilometer Teluk Manila menyeronokkan bagi mereka yang gemar membeli belah seperti pakaian dan kraf tangan, selain menonton wayang.

Mengunjungi Tugu Peringatan Dr Jose Rizal membawa pengunjung ke alam perjuangan nasionalis Filipina yang dikatakan berketurunan Melayu itu menentang penjajah Sepanyol.
Di Teluk Manila ada Taman Laut Manila yang menempatkan akuarium besar dengan pelbagai spesies ikan seperti jerung, pari dan ketam gergasi.

Sungai Pasig sepanjang 25 kilometer turut merentangi kota metropolitan Manila yang merangkumi 14 bandar raya dan tiga majlis perbandaran dengan penduduk dianggarkan 14 juta orang.

Bagaimana Ke Manila?

Ada penerbangan pesawat Cebu Pasific Air (CEB) dari Manila ke Kota Kinabalu atau sebaliknya setiap dua kali seminggu iaitu pada Jumaat dan Isnin dengan tambang mulai RM79 sehala.

Penerbangan CEB dari Manila ke Kuala Lumpur empat kali seminggu setiap Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad manakala dari Kuala Lumpur ke Manila juga empat kali seminggu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Penerbangan mengambil masa 110 minit dari Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu ke Terminal Tiga, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila.

CEB yang beroperasi sejak Mac 1996 menawarkan tambang murah harga terbaik dalam industri penerbangan dengan sasaran menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke Manila.

Keterangan lanjut boleh diperoleh menerusi laman web CEB di alamat: www.cebupacificair.com.

Tuesday, October 14, 2008

Nadal roars off to victory in Madrid title quest


Rafael Nadal thrilled a sold-out home crowd with a comeback performance to win his 78th match of the season as he began the chase for a second title at the Madrid Masters on Tuesday.

Rafael Nadal thrilled a sold-out home crowd with a comeback performance to win his 78th match of the season as he began the chase for a second title at the Madrid Masters on Tuesday.

The top-seeded world number one who claimed his only trophy in the capital in 2005, rallied past upcoming Latvian Ernests Gulbis 7-5, 3-6, 6-3 riding a late break in the final set to victory.

Nadal, holder of eight titles this season including Paris, Wimbledon and the Olympics, has stalled in the quarter-final at the last two Madrid editions.

He was playing for the first time since leading Spain into the Davis Cup final against Argentina three weeks ago.

The Spanish hero failed to convert on his first match point against the 20-year-old Gulbis, but reached the third round on his second opportunity.

"It was a very tough match and and important one to win," said the relieved Nadal. "Gulbis is young with a great future ahead of him. "He fought back well in the second set, winning the important games. I pulled out my best game when I had to.

"It was tough to attack him, and this was my first match in a few weeks to I have things to improve."

Nadal will play on Thursday against French 15th seed Richard Gasquet, a winner over Mardy Fish 6-7 (3/7), 6-4, 6-3.

Scot Andy Murray stormed to the third round as good fortune ran out for Italian lucky loser Simone Bolelli 6-0, 2-1 retired.

The Italian, who earned a place in the draw when Marat Safin withdrew with injury, threw in the towel after 47 minutes after treatment on an upper arm and shoulder.

"I was really happy with how I served and moved," said Murray, who next faces Croatian Marin Cilic, who put out 13th-seeded Spaniard Fernando Verdasco 6-2, 6-3.

"There was a lot for me to take advantage of. He stopped for a shoulder problem, but he seemed to be hitting his serve fine to me."

Cilic, 20 and Murray, a year older, have never played on the ATP Tour though they met in Davis Cup two years ago and as juniors in Paris, standing 1-1.

"He's playing well on these courts," said Murray. "He's done well in big matches this year. It will be a tough match, I'll have to play very well to win. He's a danger here with the ball flying at altitude."

American James Blake maintained his dismal, winless record in Madrid with the frustrated 11th seed crashing out to on-form Frenchman Gilles Simon 3-6, 6-1, 6-4.

Simon, winner of two titles since July, pounced on 46 unforced errors to hand Blake his fifth loss in the Spanish capital and put the American in grave danger of dropping in the race for the season-ending Masters Cup in Shanghai.

The 16th-ranked Simon is riding a wave of form after winning Indianapolis and Bucharest in recent months.

Blake's potential for a spot in China is endangered if Swiss Stan Wawrinka can do well this week while standing tenth in the points race one spot behind the fading Blake.

In first-round matches, Germany's Philip Kohlschreiber stopped Spanish hero Carlos Moya 6-2, 6-2 while Marcel Granollers of Spain beat Frenchman Paul-Henri Mathieu 6-4, 6-4.

Weekend Vienna finalist Gael Monfils continued his indoor success as he beat Italian wild card Fabio Fognini 6-2, 6-4. Stockholm semi-finalist Jarkko Nieminen reversed a run of three losses against Mikhail Youzhny, ousting the Russian 7-5, 3-6, 6-2.

The 2005 semi-finalist Robby Ginepri of the US beat Frenchman Michael Llodra 6-4, 6-4, with Swede Robin Soderling adding another French loss with his defeat of Florent Serra 6-3, 6-4.

Monday, October 13, 2008

Wilayah Laut Hitam tarikan baru Turki

Seni bina kediaman di Trabzon, Turki
Trabzon mempunyai 2,500 spesies flora
Tarian rakyat di Trabzon

Selain sejarah, pemandangan semula jadi sungguh menakjubkan di Trabzon, Gumushane TURKI memang menarik untuk dikunjungi. Negara unik yang terletak di dua benua Asia dan Eropah itu bukan saja kaya sejarah tetapi juga keindahan alam semula jadi.

Trabzon dan Gumushane antara dua daerah di Wilayah Laut Hitam, di Turki yang sedang dipromosikan untuk dilawati pengunjung luar negara. Kini banyak kemudahan disediakan kerajaan negara itu termasuk menambah jumlah hotel dan kemudahan asas untuk pengunjung.

Seperti kata Datuk Bandar Trabzon, Mehmet Volkan Canalioglu dan Datuk Bandar Gumushane, Enver Salihoglu, kerajaan sedang menambah hotel bertaraf dua hingga lima bintang bagi menarik pelancong yang semakin bertambah di kedua-dua daerah itu.

Antara tempat paling menarik dikunjungi di wilayah itu ialah kawasan pergunungan Zigana yang diisytiharkan sebagai kawasan pelancongan pada 1991. Kawasan luncur salji pada musim sejuk dan pelbagai aktiviti lain seperti paragliding pada musim lain diadakan di kawasan pergunungan itu.

Pada musim panas keadaan cuacanya masih nyaman dengan pemandangan yang sangat indah. Setakat ini kebanyakan yang datang ke kawasan itu adalah pelancong dalam negara.

Karaca Cave atau gua batu kapur Karaca berusia lebih 13,000 tahun terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar di Gumushane turut menjadi tumpuan. Keindahan stalegtait dan stalegmait itu dibuka kepada orang ramai pada 1996. Udara dalam gua batu kapur itu dikatakan boleh memulihkan penyakit asma. Sehingga April lalu, gua itu sudah dilawati kira-kira 6,000 pengunjung dalam dan luar negara.

Masa seminggu sebenarnya tidak cukup untuk anda melawat seluruh Turki kerana semua kawasan menarik terletak berjauhan antara satu sama lain. Bagi rakyat Turki yang tinggal di kota seperti Ankara, mereka akan mengambil kesempatan bercuti dalam negeri di Wilayah Laut Hitam untuk menikmati keindahan alam dan kehijauan yang tidak ada di bandar besar.

Satu lagi yang menakjubkan di wilayah itu ialah lebih 2,500 spesies floranya. Pastinya menarik jika mengunjungi Trabzon dan Gumushane pada musim bunga.

Selain keindahan alam, Trabzon juga terkenal kerana kraftangan daripada emas, perak dan tembaga selain pakaian tradisional Trabzon yang selalunya di pakai ke istana yang masih dikeluarkan menerusi kaedah tradisi. Sebagai negara yang dikelilingi laut, wilayah itu terkenal dengan makanan laut segar.

Antara ikan yang menjadi kegemaran rakyat negara itu dan sentiasa menjadi hidangan ialah trout dan hamsis. Pelbagai jenis masakan yang disediakan sama ada digoreng atau dibakar. Selain ikan, bebola daging juga menjadi antara menu utama dan sangat terkenal di kalangan penduduk Trabzon.

Keenakan ikan bilis yang menjadi keluaran terkenal di Trabzon bukan saja menjadi bualan malah dijadikan puisi selain diceritakan dalam buku bertajuk Hamsiname yang diterbitkan pada awal kurun ke-20. Banyak lagi resipi tradisi rakyat Turki yang sedap dan boleh dinikmati.

Tapi kalau anda ke wilayah Laut Hitam jangan lupa merasa Kuymak, resipi tradisi warga Trabzon yang dimasak menggunakan butter dan keju. Selain itu, Horon dan Kemence, tarian rakyat di wilayah itu juga amat menarik dan tidak wajar dilepaskan untuk melihatnya. Lagu yang mengiringi tarian mereka sungguh mengujakan menggambarkan keceriaan rakyatnya.

Selalunya, pekerja hotel, tempat penginapan anda akan menarikan tarian rakyat ini sebagai tanda kegembiraan mereka menerima tetamu selain mengucapkan selamat pulang. Anda juga boleh bersama mereka menarikan tarian rakyat itu. Satu lagi yang menarik mengenai Trabzon ialah pasukan bola sepaknya yang menjadi kebanggaan rakyat. Pasukan itu sering menjadi juara Liga Turki.

Wilayah Laut Hitam ini ada segala-galanya dari sejarah, budaya, kraftangan, masakan, tarian rakyat malah pemandangan semula jadi. Selain Istanbul mungkin anda mahu melawat kedua-dua wilayah yang jaraknya tidak sampai dua jam dari Istanbul menaiki pesawat dan mendapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Trabzon.

Info: Wilayah Laut Hitam

Meliputi 18 peratus daripada Turki.

Pendapatan penduduk daripada pertanian.

Jagung dan hazelnut menjadi tanaman utama.

Menghasilkan satu pertiga daripada tanaman jagung di Turki.

Piramid, firaun 'eksport' terkenal Mesir

Piramid di Giza kira-kira 25 kilometer dari Kaherah antara tarikan paling popular

SEBUT saja Mesir, ramai yang terbayang atau teringatkan Piramid, Firaun dan Universiti Al-Azhar. Piramid dan Firaun sejak sekian lama menjadi kebanggaan dan 'eksport' terkenal Mesir manakala Universiti Al-Azhar pula adalah institusi pengajian tinggi terulung yang banyak melahirkan ulama terkenal dunia.

Sejarah ketamadunan kuno yang lahir di Lembangan Sungai Nil di Kaherah itu menjadikan Mesir destinasi pelancongan yang menjadi tarikan sejak sekian lama. Piramid di Giza adalah antara tarikan paling popular, hanya kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kaherah yang dianggarkan didiami 22 juta penduduk.

Giza menempatkan dua bahagian monumen dengan kumpulan pertama dikenali dengan tiga piramid utama iaitu Khufu, Khephren dan Menkaure serta Sphinx, patung singa berkepala manusia yang terletak berhampiran tiga piramid besar di situ.

Kumpulan kedua ialah tanah perkuburan untuk rakyat zaman Mesir kuno daripada pelbagai keturunan yang diperbuat daripada batu batan sedia ada di kawasan itu, berbanding batu kapur yang dibawa dari kawasan lembangan sungai dan digunakan untuk membina piramid untuk raja mereka.

Pengunjung bukan saja boleh memilih untuk menempuh panas terik matahari dan melawat semua piramid di Giza pada waktu siang, malah mereka juga boleh menonton pertunjukan cahaya dan bunyi yang diadakan saban malam di kompleks piramid itu.

Bagaimanapun, untuk mengetahui sejarah tamadun kuno dan pemerintahan bermula daripada pemerintahan firaun pertama dari 3050 sebelum Masihi hingga ke pemerintahan dinasti ke-30, 343 tahun sebelum Masihi iaitu sebelum Mesir jatuh ke tangan pemerintahan Parsi, pelancong perlu melawat Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah, yang menempatkan artifak pemerintahan Mesir kuno termasuk makam firaun Tutankhamun, satu-satunya makam firaun paling lengkap yang berjaya diselamatkan daripada pencari harta karun.

Pengunjung hanya perlu membayar LE20 atau RM12.50 untuk tiket masuk melihat pameran di situ, selain membayar LE40 (RM18.75) jika mahu melihat mumia firaun yang ditempatkan di muzium itu.
Bagi memahami sejarah Mesir kuno dan pemerintahan firaun, pengunjung boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong bertauliah di luar muzium yang akan menerangkan mengenai sejarah Mesir kuno kepada pengunjung.

Bagaimanapun, jika pengunjung mahu mendapatkan penerangan yang lebih baik serta tanpa kesukaran memahami penerangan pemandu pelancong di muzium berikutan loghat bahasa Inggeris yang agak sukar difahami, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan sama melalui ejen pelancongan. Selain menempatkan makam dan keranda yang dibina sebelum satu-satu firaun mangkat, muzium itu juga menempatkan pelbagai jenis patung pemerintah Mesir zaman silam yang diukir dengan teliti dan masih dalam keadaan asal. Ia juga menempatkan perkakasan, perhiasan diri dan peralatan yang diguna pakai masyarakat Mesir kuno.

Secara keseluruhan, Mesir, sebagai sebuah negara Afrika, menjadi tumpuan negara sekitarnya. Walaupun iklim padang pasir mungkin sedikit panas berbanding iklim Khatulistiwa dan Tropika, kedudukan Kaherah di tebing Sungai Nil menyebabkan cuaca panas seperti tidak terasa.

Seperti bandar raya lain, kehidupan malam di Mesir juga menyeronokkan. Pengunjung boleh menikmati tarian gelek di restoran seperti di hotel penginapan atau mana-mana restoran terkenal atau berjalan menyusuri kota lama dan melihat kehidupan dan kebudayaan penduduknya. Kedudukannya di tebing Sungai Nil juga dimanfaatkan dengan restoran seperti bistro yang menjadi pilihan bukan saja rakyat tempatan malah pengunjung asing ke negara firaun itu.

Kebanyakan rakyat Mesir berbangga dengan tradisi dan kesenian nenek moyangnya dan tidak hairanlah kraftangan menjadi eksport utama negara itu. Antara tempat yang boleh dikunjungi termasuk Rumah Harawi (Mansion Harawi) yang menawarkan pengalaman menarik termasuk melihat sendiri seni bina zaman dulu rumah orang berada di Mesir, lengkap dengan harem atau bilik yang terlindung untuk membolehkan kaum wanita menonton persembahan atau sebarang acara yang diadakan di laman di perkarangan rumah, tanpa dilihat lelaki bukan muhrimnya. Di rumah itu juga seni muzik Mesir diperdengarkan, ukiran lama dipulihara dan kraftangan Mesir dihasilkan, untuk mengekalkan kesenian masyarakat itu.

Pengunjung yang gemar membeli-belah pula, boleh mengunjungi bazar El Fishawy yang terletak kira-kira satu kilometer dari Rumah Harawi. Bazar yang terkenal dengan pelbagai kraftangan, makanan, pakaian, perhiasan diri dan permaidani serta pelbagai perkakasan lain itu dibuka sepanjang hari dan menjadi tumpuan bukan saja pelancong asing, malah penduduk tempatan membeli-belah.

Peniaga yang ramah, terus memanggil sebaik melihat wajah penulis yang dikenali berasal dari Malaysia, cuba menjual pelbagai barangan pada harga yang perlu ditawar jika tidak mahu tertipu. Di tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi Nagiub Mahfouz, penerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan untuk 1988 yang berasal dari Mesir.

Negara yang terkenal juga dengan produk pertaniannya itu kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan yang selalunya kita peroleh dalam bentuk kering seperti kurma, buah fig dan pic, selain buah mangga yang dihidangkan sebagai jus mangga yang pekat, manis dan menyegarkan.

Berikutan kedudukan Mesir di antara Afrika, Eropah dan Timur tengah, makanannya mempunyai pengaruh Meditterranean, Timur Tengah dan Afrika dengan daging menjadi hidangan utama.

Taman Azhar yang terletak di tengah-tengah bandar raya lama Kaherah menjadi tarikan pelancong dengan taman yang membolehkan pengunjung mengimbas semula taman pada zaman pemerintahan Mesir kuno. Di taman ini juga terdapat Tembok Ayyubid yang dibina pemerintah Mesir, Salah El Din atau Saladdin, lebih 800 tahun lalu.

INFO: Mesir

Terletak di Utara Benua Afrika dan bersempadan dengan Laut Meditterranean, antara Libya dan Tebing Gaza dan Laut Merah di utara Sudan.

Berkeluasan 1,001,450 km persegi membabitkan kawasan daratan seluas 995,450 km persegi dan kawasan lembangan sungai dan perairan seluas 6,000 km persegi.

Beriklim padang pasir yang kering sepanjang musim panas.

Mineral dan sumber asli termasuk petroleum, gas asli dan bijih besi.

Agama utama ialah Islam dan sebahagian kecil rakyatnya adalah penganut agama Kristian Koptik (Coptic).

Mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 28 Februari 1922 tetapi mengalami revolusi pada 23 Julai 1952.

Populasi mencecah 80 juta penduduk dan kira-kira 22 juta penduduk bertumpu di Kaherah.
Menggunakan mata wang Egyptian Pound (LE) yang ketika ini mempunyai nilai lebih rendah berbanding Ringgit Malaysia.

Selain bahasa Arab, kebanyakan penduduk tahu berbahasa Inggeris dan Perancis.
Makanan tidak menjadi masalah kerana kebanyakan makanan adalah halal.

Monday, September 29, 2008

Blue Grotta mengasyikkan

Marina Grande dilihat dari Anacapri
Pemandangan indah Pulau Capri.
Gua Biru di Pulau Capri diklasifikasikan sebagai gua batu kapur laut semula jadi paling unik di Itali KEINDAHAN Pulau Capri pasti membuatkan pengunjungnya rasa teruja terutama ketika berada di Grotta Azzura, yang lebih dikenali oleh pelancong sebagai Blue Grotto atau Gua Biru yang terkenal di Itali. Untuk ke destinasi penuh keunikan ini, pengunjung akan menaiki jetfoil dari Sorrento yang mengambil masa perjalanan kira-kira sejam. Pulau ini juga boleh dihubungkan melalui Naples.


Dari Sorrento, pengunjung akan ke Marina Grande iaitu pintu masuk utama ke Pulau Capri. Marina Grande adalah sebuah bandar pelabuhan yang sentiasa sibuk dengan kapal dan feri berulang-alik ke tanah besar Itali. Dari Marina Grande tumpuan seterusnya ialah Anacapri yang juga pusat perniagaan dan pentadbiran di pulau ini. Setelah meninjau dan berjalan-jalan di sekitar Anacapri termasuk di Piazza Umberto, penulis dan sekumpulan rakan bertolak ke Gua Biru sebelum matahari terbenam.


Gua Biru diklasifikasikan sebagai gua batu kapur laut semula jadi. Terminal ke lokasi itu boleh dihubungkan melalui jalan darat dari stesen bas di Piaza Vittoria Anacapri. Namun, perjalanan dengan bot dari Marina Grande memberi peluang pengunjung menikmati panorama indah di pulau ini. Jaraknya hanya empat kilometer di barat daya Marina Grande. Ketika penulis tiba, keadaan laut agak tenang. Difahamkan dalam keadaan cuaca buruk atau laut bergelora, perkhidmatan bot ke destinasi berkenaan akan dihentikan sebagai langkah keselamatan. Oleh kerana jumlah pengunjung agak ramai, mereka terpaksa bersabar menunggu giliran sewaktu di jeti Marina Grande


Dari Marina Grande, perjalanan dengan bot mengambil masa kurang daripada 15 minit. Namun, setelah sampai di kawasan berdekatan sebelum memasuki Gua Biru, pengunjung dipindahkan ke sampan-sampan kecil yang hanya boleh memuatkan dua atau tiga orang saja. Sekali lagi pengunjung terpaksa menunggu giliran di sekitar muka gua ini sebelum dibenarkan masuk. Pintu untuk memasuki gua ini agak sempit. Pengunjung dengan sampan muatan dua atau tiga penumpang terpaksa membongkok atau berbaring bagi melepasi mulut gua ini. Pemandangan di dalamnya amat mempesonakan lagi mengasyikkan. Kebiruan air di dalamnya memang jelas kelihatan. Dengan kawasan dalaman sepanjang kira-kira 60 meter dan lebar kira-kira 25 meter memberi cukup ruang dan kesempatan untuk pengunjung meneroka setiap sudut di dalam Gua Biru ini.


Pengalaman mendayung dan menyusuri Gua Biru ini memberi pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Setiap kocakan dayung mencecah air menerbitkan bunyi yang sungguh unik. Begitu juga gema suara yang diucapkan memberikan pengalaman yang sungguh luar biasa. Terdapat beberapa lagi gua kecil di dalamnya yang boleh disusuri. Sinaran cahaya matahari yang menyelinap masuk dari celah-celah batu di gua ini mencerahkan sedikit kawasan yang sebahagian besarnya gelap. Dengan pemandangan yang indah, udara dan cuaca yang sungguh segar dan nyaman, pengalaman meneroka Gua Biru pasti meninggalkan kenangan indah yang abadi. Bagaimanapun, pengunjung dinasihatkan berhati-hati sewaktu mendayung dan sentiasa mematuhi arahan juru pandu.


Dibuka mulai jam 9 pagi, pengunjung terakhir perlu menamatkan aktiviti mereka meneroka Gua Biru ini selewat-lewatnya hingga jam 5 petang. Sekitar kawasan ini juga turut menjadi lokasi penggemar aktiviti terjun skuba. Kami bertemu dengan sekumpulan ahli penerjun skuba lengkap dengan peralatan masing-masing. Tidak hairanlah lokasi ini menjadi pilihan kerana ia sememangnya menyajikan suatu panorama alam yang sungguh menarik lagi menakjubkan termasuk khazanah terumbu karang dan kejernihan air lautnya. Gua Biru ini dikatakan mempunyai legendanya sendiri. Ia pernah diabaikan sekian lama meskipun suatu ketika Maharaja Empayar Rom (Maharaja Tiberius) pernah menjadikannya sebagai tempat mandi.


Penduduk dan nelayan tempatan ketika itu menganggapnya sebagai berpuaka dan takut untuk menghampirinya. Ia diperkenalkan semula oleh seorang pelukis berbangsa Jerman, August Kopisch dan seorang nelayan tempatan, Angelo Ferraro pada 1826. Sejak itu Gua Biru ini menjadi terkenal dan terus dikunjungi oleh berjuta-juta pelawat dari seluruh dunia.


INFO Gua Biru


Fenomena kebiruan terjadi disebabkan pancaran cahaya matahari masuk menerusi celah lubang di bawah air. Cahaya diserap oleh air dan menghasilkan warna biru pada permukaannya.


Fenomena cahaya matahari menerjah dasar laut Gua Biru menyebabkan objek di dasar gua ini kelihatan berwarna seperti perak.


Rantai dipasang di pintu gua ini bagi membantu dan memudahkan pengunjung memasuki pintu gua yang sempit.


Lokasi ini sering menjadi pilihan dan dilawati oleh pemimpin dan selebriti terkemuka dari seluruh dunia.


Maharaja Maharaja Tiberius menjadikan gua ini sebagai tempat mandi
Seorang pelukis berbangsa Jerman, August Kopisch dan seorang nelayan tempatan, Angelo Ferraro memperkenalkan gua ini kepada pengunjung pada 1826

Pergunungan Alps




Kembara rel dari Bregenz, Austria ke ibu kota fesyen, Milan, Itali
PELUANG menaiki kereta api merentasi Pergunungan Swiss atau Swiss Alps boleh dianggap antara pengalaman hebat pernah dialami penulis. Bayangkan panorama gunung menghijau dengan puncak diliputi salji, deretan cottage atau rumah cantik dihiasi bunga segar, sungai mengalir tenang dan lembu peliharaan meragut rumput - semua elemen ini seolah-olah bersatu menerbitkan pesona yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Berkunjung ke Zurich, Switzerland, dua minggu lalu bagi membuat liputan sambutan 25 tahun jam tangan plastik keluaran Swiss, Swatch dan koleksi James Bond Villainnya, penulis dibawa The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd mengembara ke empat negara Eropah dalam tempoh singkat enam hari - sungguh mengujakan!
Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Zurich, kami dibawa menaiki bas ke hotel penginapan di Lindau, Jerman. Penulis berulang kali meneliti program tugasan kerana tidak pasti apakah kami akan dibawa ke sebuah lagi negara di Eropah, iaitu Jerman. Masih menyangka berlaku kesilapan dalam program, rupa-rupanya Lindau adalah sebuah pulau di Jerman yang letaknya pada jarak kira-kira dua jam perjalanan dari Zurich.
Penulis juga mendapati lokasi sambutan ulang tahun ke-25 Swatch dan koleksi James Bond Villain pula di sebuah kemudahan konvensyen dan pameran di Festspielhaus di Bregenz, Austria. Keliru dengan kedudukan lokasi setiap acara, penulis merujuk peta lalu menyedari semua tempat dipisahkan Tasik Constance atau Bodensee dalam istilah Jerman. Tasik sepanjang 63 kilometer ini ‘dikongsi’ tiga negara iaitu Jerman, Switzerland dan Austria. Peluang berada di tiga negara dalam tempoh perjalanan dua jam, sungguh unik walaupun kadang kala keliru dengan faktor geografi.
Konsep ‘pintu terbuka’ dengan pemeriksaan hanya dibuat di pintu masuk utama di Zurich, membuatkan perjalanan menjelajah Switzerland, Jerman dan Austria amat menyeronokkan tanpa perlu berdepan kerenah anggota imigresen atau kawalan ketat pintu masuk. Meninjau persekitaran menghijau di Bregenz, Austria dan Lindau, Jerman jelas elemen Swiss cukup ketara pada seni bina, landskap dan kehidupan seharian masyarakatnya.
Tasik Constance yang mencapai keluasan 571 kilometer memberi pengaruh kuat terhadap kehidupan masyarakat setempat yang menghargai alam sekitar, keindahan flora dan fauna. Tidak hairanlah hampir setiap rumah menanam pokok bunga menghiasi jendela dan halaman sungguh menarik. Di Lindau misalnya, reka bentuk rumah, bangunan dan kedai begitu indah sehingga diri bagai terasa berada di dunia khayalan atau fairytale. Selesai program Swatch di Bregenz, kami memulakan kembara kereta api ke Milan. Pada mulanya kami terlepas tren pertama, tetapi mujur seorang pemuda Austria merapati kami lalu mencadangkan kami menaiki tren seterusnya ke Innsbruck, Austria sebelum mendapatkan sebuah lagi tren menuju ke Milan dari stesen Verona Porta Nuova.
Sebaik tren tiba dan meletakkan bagasi, bermulalah detik hebat bagi perjalanan rel melepasi Pergunungan Alps. Bagi tempoh 30 minit pertama, tren dinaiki melepasi beberapa kawasan penempatan pinggir bandar Bregenz dan beberapa daerah lain. Suasana bandar kemudian berubah apabila tren memasuki kawasan perindustrian yang mana banyak kilang berasaskan pertanian termasuk tenusu memenuhi pandangan.
Tidak lama selepas itu, rumah atau cottage dengan seni bina Swiss serta bunga hiasan beraneka warna mula diperhatikan sekali gus menandakan kami mula menghampiri kawasan pergunungan. Bagi tempoh empat jam berikutnya, penulis leka dengan pemandangan menakjubkan Pergunungan Alps. Banjaran gunung tinggi melangit, padang rumput menghijau, air terjun dan pohon pain meliputi hutan memberi impak sukar yang digambarkan. Teringat babak dalam filem muzikal hebat, The Sound of Music - begitulah aura kehebatan Swiss Alps. Perjalanan hampir lapan jam akhirnya membawa kami ke Milan, ibu kota fesyen dunia.
INFO: Pergunungan Alps

Pergunungan Alps atau Swiss Alps dikenali sebagai Schweizer Alpen dalam bahasa Jerman; Alpes suisses (Perancis) dan Alpi svizzere (Itali).

Puncak tertinggi Pergunungan Alps ialah Dufourspitze, berhampiran sempadan Swiss-Itali pada ketinggian 4,634 meter dari aras laut.

Gunung tertinggi dalam banjaran atau Pergunungan Alps ialah Dom iaitu pada ketinggian 4,545 meter dari aras laut.

Pergunungan Alps merangkumi 61 peratus daripada kawasan permukaan Switzerland atau 41,285 kilometer. Bagaimanapun, jumlah ini hanya 13.2 peratus daripada jumlah keluasan Pergunungan Alps sepenuhnya.

Pergunungan Alps menjadi antara destinasi percutian pilihan dunia. Switzerland misalnya, mempunyai rangkaian 62,000 kilometer laluan atau jejak yang diselenggara dengan baik.
Daripada jumlah ini, 23,000 kilometer terletak dalam kawasan pergunungan.

Di Switzerland, destinasi percutian musim sejuk dan ski pilihan ialah Valais, Bernese Oberland, Graubunden, Davos, Grindelwald, St Moritz dan Zermatt yang mempunyai kemudahan bermain ski sepanjang tahun.

Monday, September 15, 2008

Christchurch bandar dalam taman


Pemandangan hijau Banks Peninsula dari Port Hills.
Katedral mengekalkan seni bina neo-gotik.
Kota tradisi Inggeris dihiasi 740 taman yang direntasi Sungai Avon Christchurch adalah bandar kedua terbesar di New Zealand yang dikenali sebagai bandar dalam taman dan kaya dengan keindahan alam semula jadinya. Sejarah Maori menyebut Christchurch mula dihuni sejak 1000 Sebelum Masehi (SM).
Selain pendatang Eropah yang tiba di kepulauan itu pada Disember 1850, sebenarnya kawasan ini dihuni puak Ngati Mamoe, Ngai Tahu dan Waitaha yang berhijrah dari Pulau Utara pada abad ke 16.

Hari ini bandar yang tenang dalam penampilannya tetapi kelam kabut dari segi cuacanya, dihuni oleh pelbagai bangsa. Selain penduduk berketurunan Eropah, Christchurch juga dihuni oleh orang Maori dan Asia dengan keseluruhan populasi berjumlah 344,100 orang.
Dari segi geografi, Christchurch atau dalam bahasa Maori disebut sebagai Otautahi berhadapan dengan Lautan Pasifik. Ia terletak di hujung sebelah selatan Teluk Pegasus, iaitu antara Banks Peninsula dan Canterbury Plains. Christchurch juga kerap dirujuk sebagai pintu masuk ke Pulau Selatan.
Sesuatu yang paling jelas, jika menjejak kaki ke Christchurch, anda akan dapati sentuhan keinggerisan tradisional yang sangat kuat pada seni binanya.
Katedral dan kebanyakan bangunan lama di sini dibina dengan sentuhan seni bina neo-gothik. Malah, nama Christchurch itu sendiri bersempena sebuah kolej di Universiti Oxford.

Andai anda mahu melihat landskap Christchurch, anda boleh berkunjung ke Katedral Christchurch. Landskap bandar yang dihiasi 740 taman yang direntasi Sungai Avon, pasti memukau pandangan anda. Taman-taman di Christchurch dibina dengan penuh kreatif dan kerap mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Ia sering menjadi lokasi pelbagai festival dan karnival seperti Festival of Romance, Festival Busker Antarabangsa, Pesta Cahaya Lyttelton, Pertunjukan Bunga Antarabangsa Ellerslie dan Karnival Musim Sejuk. Bersiar-siar di Christchurch amat menarik jika anda menggunakan perkhidmatan trem atau bas pengantara.
Dengan harga tambang dikenakan NZ$14.00 (RM32.60) seorang, perjalanan anda hanya mengambil masa 25 minit menggunakan laluan sepanjang 2.5 kilometer. Anda akan dibawa meninjau Cathedral Square, Pusat Seni, Taman Botani, Sungai Avon dan Cathedral Junction.
Tarikan di Christchurch tidak terhenti di bandar saja kerana anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi dan tinggalan aktiviti gunung berapi berjuta tahun lalu di Port Hills. Banjaran gunung yang terletak di selatan Christchurch, adalah sebahagian dari Banks Peninsula yang ketinggiannya antara 350 hingga 500 meter dari aras laut.

Port Hills terbentuk dari lebihan hakisan letupan gunung berapi, sekitar 6 hingga 12 juta tahun lalu. Justeru, landskapnya yang bergunung ganang dan berlembah menjadikan ia pusat rekreasi utama di Christchurch. Di kawasan ini juga terdapat 39 hutan simpan yang mana 31 daripadanya dikendalikan oleh Majlis Bandar Christchurch.
Selain Ports Hills, kawah hakisan gunung berapi yang juga menjadi sebahagian daya tarikan landskap Christchurch adalah Lyttelton dan Pelabuhan Akaroa yang kini sudah pun ditenggelami air. Soal makanan halal tidak susah di sini kerana Christchurch adalah lokasi pertemuan pelbagai bangsa dan kebudayaan.
Apa yang penting, anda mesti ringan mulut bertanya dan menyemak risalah pelancongan yang boleh peroleh sebaik saja mendarat di lapangan terbang. Jika anda ingin membeli belah cenderamata untuk dibawa pulang, lokasi utama bertumpu di High Street, Castle Street, Bridge Street, Church Street, Wick Lane, Saxon Square Shopping Centre dan Bargates.
Di kawasan terbabit anda boleh memilih pelbagai pakaian rekaan pereka tempatan selain cenderamata, coklat dan buku. Untuk mendapatkan barangan lebih murah dan boleh tawar menawar, pasar setiap Jumaat di Saxon Square boleh dikunjungi.
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran organik di sini, anda boleh membeli keju buatan New Zealand selain kraftangan tempatan.
Bagaimana ke sana?

Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland dan dari Auckland, anda boleh menyambung penerbangan ke Christchurch dengan Air New Zealand.
Untuk penerbangan terus selama 10 jam dari Kuala Lumpur ke Christchurch anda boleh memilih Singapore Airlines.
* Jarak antara Auckland dan Christchurch ialah sejauh 762 kilometer dan ia memakan masa 16 jam, 43 minit jika anda memandu atau menaiki kereta.

Sydney, Melbourne atau Brisbane turut menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Auckland sebelum anda menyambung penerbangan ke Christchurch yang mengambil masa perjalanan selama tiga jam.
INFO
Christchurch

Dihuni sejak 1000 Sebelum Masehi (SM)

Populasi berjumlah 344,100 orang membabitkan keturunan Eropah, Maori dan Asia

Kebanyakan seni bina lama di Christchurch mendapat sentuhan neo-gothik

Nama Christchurch diambil daripada salah satu kolej di Universiti Oxford

Dirujuk sebagai bandar dalam taman, Christchurch memiliki 740 taman di seluruh wilayahnya.
Mirip Acropolis, Athina Afea terletak di Pulau Aegina
Lokasi Aegina, Greece
Tinggalan sejarah, kebudayaan singkap keunikan tamadun Greek JIKA berkunjung ke Greece, jangan lupa menyenaraikan Aegina sebagai satu daripada destinasi lawatan anda. Terletak di dalam gugusan kepulauan Saronic, Aegina adalah antara pulau tercantik di Laut Mediteranean.
Dengan reputasi itu, Aegina tidak putus-putus menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Mewarisi tamadun Greek yang panjang, pulau dengan populasi sekitar 13,500 penduduk ini telah didiami sejak zaman neolitik lagi (kira-kira 3,000 tahun sebelum masihi). Suatu ketika dulu Aegina pernah menjadi pangkalan tentera laut yang utuh kepada Greece. Pulau ini juga menjadi benteng pertahanan dan penyumbang kepada kedaulatan Greece ketika peperangan dengan Turki pada 1821.

Sebaik saja tiba di pelabuhan Piraeus yang menghubungkan Aegina dari tanah besar Greece, jelas menunjukkan pesatnya industri pengangkutan laut dan perkapalan di negara ini. Difahamkan sebahagian besar pemilik kepada syarikat pengangkutan laut di Laut Mediteranean ini dikuasai oleh rakyat berbangsa Greek.
Dengan jarak kira-kira 16 batu nautika, perjalanan menaiki feri atau popular dengan perkhidmatan “Flying Dolphin” dari Piraeus mengambil masa hampir sejam. Sebaik saja menjejakkan kaki di jeti pelabuhan di Pulau Aegina, pengunjung terus bertemu dengan bandar Aegina yang terletak di bahagian barat pulau.
Pelabuhan ini kelihatan sentiasa sibuk dengan deretan kapal dan bot berulang alik atau sedang berlabuh.

Tidak jauh dari pelabuhan, terdapat deretan premis perniagaan menjual pelbagai barangan termasuk cenderamata untuk dibawa pulang.
Di antara barangan yang terdapat di sini termasuk tembikar, pakaian, barangan kulit, barang-barang hasil kesenian Greek seperti barangan kemas tradisional yang diperbuat daripada emas dan perak.
Pengunjung juga berpeluang untuk bersiar-siar dengan menaiki kereta kuda yang memang terkenal dan sinonim sebagai tarikan ke destinasi ini. Satu daripada tempat yang terkenal serta menarik perhatian pelancong di sini ialah Aghia Marina. Ia dapat dihubungkan melalui jalan raya dan terletak kira-kira 14 kilometer dari Aegina.
Sepanjang perjalanan pengunjung akan dapat menikmati kehijauan pulau juga panorama menarik dengan laut membiru, pantai yang bersih dan cantik. Sememangnya Aghia Marina menjadi pilihan pengunjung yang berhasrat menikmati keindahan laut dan pantai..
Peluang menikmati makanan laut segar dari Laut Mediteranean memberikan suatu pengalaman menarik. Terdapat banyak restoran, café dan hotel menghidangkan makanan laut yang cukup istimewa di sini. Kelihatan banyak bot nelayan moden berlabuh di sekitar perairannya. Perdika dan Vaia adalah penempatan nelayan moden yang indah dan terkenal di pulau ini.
Aegina turut terkenal dengan arkeologi dan monumen bersejarah. Di antara yang terkemuka ialah Athina Afea. Rumah ibadat zaman kuno ini hampir menyamai bentuk dan struktur bangunan Acropolis di Athens.
Athina Afea disifatkan sebagai monumen paling cantik di Teluk Saronic. Ia dibina dengan bahan tempatan pada abad ke-5 Sebelum Masihi (SM). Jaraknya hanya empat kilometer dari Aghia Marina

Satu lagi warisan Greek tua di sini ialah gereja Aghios Nektarios. Bangunan berciri Byzantine ini mempunyai seni bina unik yang bertingkat-tingkat dengan corak hiasan daripada batu-batu mozek. Melihat kepada kesan dan tinggalan sejarah silam tamadun Greek di sini, pengunjung bagaikan berada pada suatu peradaban zaman lampau yang amat jauh.



INFO: Aegina


Pulau ini mempunyai keluasan kira-kira 87 kilometer persegi

Puncak tertinggi di pulau ini ialah Gunung Oros dengan ketinggian 531 meter (1742 kaki)
Bandar Aegina didiami kira-kira 55 peratus, iaitu 7,500 penduduk daripada keseluruhan populasi pulau ini.

Ramai di kalangan hartawan Greece dari tanah besar mempunyai kediaman di pulau ini dan mendiaminya pada musim panas.

Wednesday, September 3, 2008

Ho Chi Minh kota unik



Pelancong teruja lihat budaya rakyat Vietnam BUNYI hon kenderaan seawal jam 6 pagi pantas menceriakan landskap Ho Chi Minh (HCM) atau suatu waktu dulu dikenali sebagai Saigon.
Bagaikan pesta keraian, begitulah suasana pagi yang melingkari kota yang pernah tercalar dek kancah peperangan ini. Ribuan motosikal yang memenuhi simpang siur di laluan utama HCM menjadi bukti kepesatan pembangunan bandar yang sarat dengan sembilan juta penduduk.

Kunjungan wakil media bersama Majalah 3 ke HCM atas undangan AirAsia baru-baru ini membuka ruang meneroka sendiri tabir baru destinasi pelancongan sebenar kota di selatan Vietnam itu. Kepesatan pembangunan HCM menangkis tanda tanya prospek pelancongan bandar bersejarah itu. Apatah lagi, penerbangan tambang murah, AirAsia menyediakan penerbangan terus dua hala setiap hari, sekali gus merapatkan hubungan Kuala Lumpur-Saigon.
Pertama kali menjejakkan kaki di bandar HCM, tiada yang lebih membuatkan kita teruja melainkan melihat betapa sibuk warganya menjalankan urusan seharian. Malah, bagaikan tidak lengkap identiti HCM tanpa motosikal.

Tinggalan kereta kebal di Terowong Cu Chi.
Seperti bandar pelancongan lain, HCM menjanjikan 1,001 tarikan yang mampu memberi kelainan daripada aspek percutian dengan menawarkan eksotika sejarah, peradaban dan elemen budaya sejagat. Malah, tidak lengkap percutian tanpa mencuci mata dengan membawa ole-ole pulang. Antara lokasi menarik yang mesti dilawati di HCM ialah Istana Presiden, Terowong Cu Chi, rumah ibadat Cao Dai, pasar Ben Thanh dan restoran terapung.
Istana Presiden ‘Reunification Palace’ (Dinh Thong Nhat) pernah menjadi kediaman dan pejabat bagi presiden Vietnam Selatan sepanjang Perang Vietnam (dikenali juga sebagai Perang Indochina Kedua, dari 1959 hingga 30 April 1975). Istana empat tingkat itu menjadi tempat rasmi penyerahan kuasa ketika kejatuhan Saigon pada 30 April 1975.
Sejarah istana itu bermula dari era penjajahan Perancis di Vietnam bermula 1858 sehinggalah pernah menjadi pejabat koloni Jepun pada 1945, sebelum Jepun menyerah kalah kepada tentera bersekutu pada Perang Dunia II dan Perancis kembali ke istana terbabit.

Terowong Cu Chi yang terletak 70 kilometer atau lebih dua jam perjalanan dari bandar HCM adalah satu daripada destinasi yang tidak harus diketepikan ketika berada di Vietnam.
Terowong yang menjadi medan pertahanan tentera tempatan ketika perang itu begitu unik dan cukup bersejarah. Rumah ibadat Cao Dai pula dikenali sebagai kuil suci Cao Dai mungkin boleh dilawati bagi melihat bagaimana kepercayaan agama yang menggabungkan pelbagai agama di seluruh dunia sebagai pegangan baru di Ninh Province.
Pasar Ben Thanh menjadi nadi ekonomi penduduk tempatan dengan menjual pelbagai barangan produk kraftangan, pakaian, barangan kain sutera hinggalah kepada barangan perhiasan rumah. Selain harganya yang jauh lebih murah, pelancong masih lagi boleh tawar-menawar. Terletak di tengah pusat bandar, pasar Ben Thanh memang sentiasa sibuk dengan kunjungan masyarakat tempatan dan pelancong luar.
Bermula seawal pagi, pasar itu beroperasi sehingga ke malam bagi memastikan pelbagai barangan dapat dibeli dan dijadikan ole-ole wajib. Restoran terapung adalah sebuah bot besar yang dijadikan restoran sambil menyusuri Sungai Saigon. Pelancong bakal disajikan dengan makanan laut segar sambil menyaksikan pertunjukan menarik dan nyanyian lagu tempatan.
Layanan bagaikan VIP bakal diterima sepanjang melayari di atas bot. Bagaikan tidak terasa perjalanan kerana sajian makanan begitu lazat untuk dinikmati. Pelayaran ini mengambil masa lebih dua jam. InfoHo Chi Minh

Ada lebih tiga juta motosikal bersimpang siur di bandar ini.

Motosikal adalah kenderaan utama di bandar ini kerana harganya yang jauh lebih murah, iaitu sekitar AS$300 (RM960). Kebanyakan motosikal adalah buatan China, Taiwan dan Korea.

Kebanyakan nama kedai dan jalan di bandar raya terbabit menggunakan bahasa Vietnam, malah hampir keseluruhan warga tempatannya berbahasa Vietnam.

Dua jenis mata wang digunakan iaitu Vietnam Dong dan Dollar Amerika Syarikat (AS$). AS$1 bersamaan 15,000 atau 16,000 Dong (kira-kira RM3.20).

Identiti orang Asia di kalangan rakyat Vietnam jelas kelihatan, kerana bertubuh sederhana, berkulit halus kuning langsat, malah warga tuanya masih mengenakan topi besar berbucu tajam di bahagian atas.

Pakaian tradisi seperti baju labuh ke betis juga masih boleh kelihatan pada sesetengah petugas hotel. Namun kebanyakan generasi mudanya lebih senang berkemeja-T atau kemeja.
Bagaimana ke sana?

AirAsia membuka pejabat jualannya di 254 De Tham STreet bagi memudahkan urusan penerbangan dari bandar HCM ke Kuala Lumpur dan HCM ke Bangkok, Thailand. Penerbangan HCM ke KL setiap hari manakala HCMC ke Bangkok empat kali seminggu.
Penerbangan HCM ke KL bermula daripada harga RM146 manakala RM116 dari KL ke HCM. Maklumat lanjut layari laman web www.asia.com.

Kaya anugerah alam


Panorama indah ciptaan Tuhan

Keindahan Jeju buatkan pengunjung berasakan berada di kepulauan Hawaii PULAU berbatu, Jeju terkenal di kalangan warga Korea dan Jepun, malah dianggap sebagai 'Pulau Tuhan' kerana dipenuhi ukiran batuan gunung berapi beragam bentuk.

Semuanya tercetus hasil kreativiti penduduk Jeju yang ingin membina budaya dan warisan tersendiri, lain daripada tanah besar Korea Selatan. Atifak sejarah paling terkenal adalah ‘ubiquitous harubang’ atau 'grandfather stone' yang diukir di atas blok batu lahar gunung berapi.

Pulau yang bertulang belakang banjaran gunung berapi Halla-san itu juga mempunyai keunikan tersendiri sehingga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Korea Selatan. Di Pulau Jeju, cuaca sentiasa panas lembap dengan iklim sederhana membuatkan berada di sana seperti berada di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat.

Mungkin faktor itu menyebabkan Pulau Jeju menjadi pilihan di kalangan pengantin baru yang ingin menikmati detik indah berbulan madu. Pulau Jeju turut dipanggil Jeju-do. Di dalam bahasa Korea ‘do’ bermaksud pulau dan daerah bertepatan dengan lokasi Jeju itu sebagai daerah di sebuah pulau yang besar.

Menurut sejarah, Pulau Jeju terletak di Selat Korea di daerah Jeollanam-do sebelum berpisah menjadi daerah lain pada 1946. Ia pernah juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya Doi, Dongyeongju, Juho, Tammora, Takra, Tamra. Bagaimanapun, sebelum berlaku peralihan kuasa pada 2006, Jeju mula digelar Cheju. Malah, sebutan betul Jeju adalah ‘che-ju’ tapi warga Korea mendapati ramai pelancong asing senang menyebut Jeju sebagai ‘je-ju’.

Jika anda ingin ke Pulau Jeju, usah risau dengan masalah bahasa kerana kebanyakan pemandu teksinya mahir berbahasa Inggeris, Jepun dan Mandarin. Bagaimanapun, tidak salah jika anda tahu beberapa patah perkataan Korea bagi mengelakkan diri daripada ditipu. Adat melancong ke tempat orang, sudah tentu anda mahu merancang perjalanan aktiviti. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak seperti mendaki gunung, inilah antara lokasi yang patut dikunjungi.

Selain menikmati keindahan pemandangan yang menakjubkan di Taman Negara Halla-san, pengunjung boleh mendaki Halla-san, puncak gunung berapi setinggi 1,950 meter yang menjadi gunung tertinggi di Korea Selatan.

Tempoh beristirahat juga boleh diisi sama ada dengan berbaring di tepian pantai sambil menikmati sang matahari terbit atau terbenam atau mungkin anda akan mempunyai hobi baru ketika berada di sana, iaitu merakam gambar.

Bagaimanapun, jika keindahan suasana tidak mampu memberikan kegirangan di hati, apa kata jika anda berkunjung ke Pulau Jeju ketika berlangsungnya Festival Api Jeongwol Daeboreum. Festival itu diadakan setiap tahun ketika kedatangan musim sejuk yang mana pembakaran jerami secara tradisi dibuat bertujuan untuk memusnahkan serangga perosak. Kebanyakan mereka menganggap api yang marak menjulang umpama muntahan lahar dari Halla-san.

Selain tarikan pelancongan, Pulau Jeju juga terkenal sebagai lokasi untuk kaki pancing. Jika berkesempatan mengunjungi pasar basah di sana, anda boleh membeli pelbagai spesies ikan segar, sotong, gamat dan bermacam jenis hidupan laut yang jarang ditemui.

Beriklim tropika menjadikan tanah di Pulau Jeju sebagai kawasan subur dengan hasil pertanian. Nanas dan limau tangerin serta madu yang diperoleh daripada bunga-bungaan tempatan memberikan suasana yang begitu berbeza. Pulau ini juga terkenal dengan cendawan Shitake dan pokok kaktusnya.

INFO: Jeju
Selain menyaksikan Festival Api Jeju, pelancong boleh mendaki gunung, menunggang kuda dan berendam di air terjun atau melihat batuan purba pelbagai bentuk.

Di Taman Hallim boleh meneroka gua bawah tanah dan melihat Taman Bonsai yang berusia lebih 150 tahun.

Gua Manjanggul sepanjang 1 kilometer dan setinggi 23 meter terbentuk daripada aliran lahar gunung berapi.

Gua Manjanggul terlalu sejuk dan air gua sentiasa menitik dari siling gua.

Makanan di Jeju agak masin kerana suhunya yang agak panas. Di Jeju juga jarang disediakan Kimchi ketika musim sejuk kerana cuaca musim sejuk tidak terlalu sejuk.

Bagaimana ke sana?

Hampir semua bandar di Korea mempunyai penerbangan terus ke Jeju. Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju menyediakan 12 penerbangan domestik dan enam penerbangan antarabangsa setiap hari. Lapangan terbang itu mampu menampung kehadiran 7.64 juta penumpang setiap tahun.

Panorama takjub Blue Mountains

PEMANDANGAN indah di Skyway Katoomba
TIGA gunung di kawasan Blue Mountains dikatakan mitos mengenai tiga beradik perempuan yang ditukar menjadi batu.
LOKASI Blue Mountains
Kawasan pergunungan simpan khazanah alam semula jadi serta pelbagai flora dan fauna BLUE

MOUNTAINS adalah satu daripada tempat paling menarik di Australia. Terletak pada jarak 104 kilometer di Barat Sydney, pergunungan itu adalah sebuah kawasan yang mempunyai daya tarikan dan panorama eksotik lagi mengagumkan.

Ia juga dikenali sebagai Australia's Grand Canyon dengan bentuk rupa buminya dikatakan mirip Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat. Kawasan ini berada dalam lingkungan Taman Negara seluas kira-kira 200,000 hektar yang berpusat di Katoomba. Lokasinya menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat dari dekat bentuk rupa bumi kawasan terbabit terutama Grand Canyon. Perjalanan ke Blue Mountains dengan bas dari Sydney mengambil masa kira-kira dua jam.

Di kawasan Blue Mountains juga terletak tiga gunung yang dikenali sebagai Three Sisters atau tiga beradik perempuan yang menjadi ditukar menjadi batu. Mengikut cerita, disebabkan terikat dengan adat dan peraturan nenek moyang, seorang ahli sihir menukarkan tiga anak perempuannya yang cantik menjadi batu.

Tiga beradik dikenali sebagai Meenhi, Weemala dan Gunnedoo dari suku Katoomba yang tinggal di Lembah Jamieson dikatakan mempunyai hubungan dengan tiga wira gergasi dari suku Napean. Berdasarkan asal keturunan, mereka tidak dibenarkan berkahwin mengikut undang-undang masyarakatnya. Namun begitu, jejaka terbabit tidak mempedulikan undang-undang berkenaan dan ingin memperisterikan perawan tiga beradik itu secara paksa.

Hasrat mereka ditentang oleh kumpulan yang ingin mempertahankan adat resam dan undang-undang berkenaan hingga terjadi peperangan yang hebat. Bagi menjaga keselamatan ketiga-tiga perawan itu daripada peperangan, bapa mereka yang juga ahli sihir menukar tiga gadis terbabit kepada batu. Apabila peperangan tamat mereka akan ditukarkan semula kepada bentuk asal. Hasrat itu tidak kesampaian apabila ahli sihir berkenaan terkorban dalam peperangan. Sebab itulah sehingga kini tidak ada siapa yang boleh menukarkan semula ketiga-tiga beradik itu kepada bentuk asalnya.

Akhirnya tiga adik beradik yang amat cantik paras rupa mereka kekal menjadi batu berbentuk tiga gunung yang terletak bersebelahan antara satu sama lain buat selama-lamanya, di kawasan Blue Mountains. Dari versi pengkaji dan penganalisis geografi fizikal dan ahli geologi pula menjelaskan muka bumi tiga gunung itu terbentuk kerana berikutan luluhawa yang memakan masa sejak ratusan ribu tahun lamanya.

Walau melalui proses apapun, mitos mahupun lulu hawa, keindahan, keeksotikan dan keunikan Blue Mountains dan Three Sisters cukup mengasyikkan dan mengagumkan. Ia menjadi antara pusat tumpuan pelancong berteraskan eko-pelancongan yang tersohor di bumi kangaru itu. Pada 2000 lalu, taman negara ini diletakkan di dalam senarai Kawasan Warisan Dunia (World Heritage Area).

Pengunjung boleh meneroka dengan merentasi dan menghayati ketakjuban fenomena ciptaan Maha Pencipta ini dengan menaiki skyway. Pengunjung juga boleh menyusuri celah dan ruang di dasar atau lantai Blue Mountains dengan menaiki railway' yang disediakan. Suatu pengalaman yang sukar dijelaskan dengan perkataan. Satu lagi khazanah alam yang menjadi tumpuan pengunjung di sini ialah Gua Jenolan. Ia adalah sebuah gua batu kapur yang amat menarik.

Pengunjung berpeluang menerobos ke dalam gua dan merasai fenomena alam semula jadi yang sungguh mengasyikkan. Untuk menyertai ekspedisi ini, pengunjung perlu tangkas dan cergas.

Kasut dan topi khas akan disediakan. Kawasan taman negara ini sebenarnya banyak menyimpan khazanah alam semula jadinya termasuk air terjun, lembah, cerunan, batu-batan berjeriji, hutan hujan dan pelbagai flora dan fauna.

INFO: Blue Mountains

Kawasan hutan sepanjang 40 kilometer di pergunungan ini terbakar selama 16 hari, antara 26 Disember 2001 hingga 10 Januari 2002.

Pekan Leura dan Katoomba menjual pelbagai bahan makanan dan minuman untuk bekalan di kawasan pergunungan.

Pelancong Jepun adalah yang paling ramai berkunjung ke kawasan pergunungan berkenaan, malah ramai yang menginap di hotel serta pusat penginapan yang ada di pekan Katoomba dan Leura.

Kebanyakan pemandu pelancong warga Australia yang membawa pelawat ke situ boleh berbahasa Jepun, bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelancong dari negara matahari terbit itu.

Harga rumah di Blue Mountains jauh lebih murah iaitu $150,000 dolar Australia berbanding S460,00 dolar Australia di Sydney, walaupun jaraknya cuma satu setengah jam perjalanan melalui jalan darat.

Azerbaijan


Sebuah hotel di Baku yang mengekalkan seni bina lama.
Pemandangan Pelabuhan Baku dan Masjid Bebi Heybat.

Baku kota tinggalan sejarah: 'Negara Api' dengan tapak arkeologi zaman Empayar Seljuk hingga kesan peninggalan pemerintahan Russia
REPUBLIK Azerbaijan adalah sebuah negara yang penuh dengan sejarah perjuangan tetapi tidak begitu dikenali. Sebelum ini, republik itu adalah sebahagian dari Kesatuan Soviet, tetapi sejak merdeka pada 1991, Azerbaijan mula memperkenalkan dirinya kepada dunia.
Oleh kerana sejarah perjuangan rakyatnya yang panjang, melawat Azerbaijan seperti melawat muzium. Negara itu penuh dengan tapak arkeologi sejak sebelum zaman Empayar Seljuk hingga kesan peninggalan pemerintahan Russia.

Azerbaijan bersempadan dengan beberapa negara, iaitu Russia di utara, Georgia di barat laut, Iran di selatan, Armenia di barat manakala Turki di barat daya. Justeru, penduduknya sangat unik dengan pengaruh dan campuran pelbagai kebudayaan. Paling ketara makanannya.
Kebanyakan menu makanan di Azerbaijan dipenuhi daging kambing. Misalnya, kebab kambing atau dikenali sebagai kebab Lyulya. Selain itu, turut popular ialah Sabza-Govurma Pilau, iaitu nasi yang dimasak bersama daging kambing. Baku adalah ibu negara republik itu, juga sebuah bandar pelabuhan terbesar. Ia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Baku Baru dan Baku Lama (Bandar Dalam).
Jika anda berjalan-jalan di Baku, pastinya kembara anda berbaloi kerana ia penuh dengan tinggalan sejarah. Di ibu kota itu terletaknya ‘The Walled City of Baku’ yang tersenarai dalam warisan budaya oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).
Di Baku Lama pula terletak Istana Shirvanshahs dan Menara Anak Dara yang menjadi lokasi pertama di Azerbaijan yang diiktiraf sebagai warisan tinggalan dunia oleh Unesco.
Selain itu, juga wujud berdozen masjid kecil, Taman Kirov iaitu taman peringatan untuk pejuang Azerbaijan yang gugur dalam Perang Nagorno-Karabakh dan mereka yang meninggal dunia dalam peristiwa “Januari Hitam” pada 1990. Pada 2003, Baku Lama diletakkan dalam senarai warisan paling berbahaya di dunia berikutan gempa bumi pada 2000 dan kurangnya kerja pemuliharaan dilakukan oleh kerajaan.
Dalam peta pelancongan dunia, Azerbaijan dipromosikan sebagai ‘negara api’ kerana pada zaman dahulu penduduknya memuja api. Azer bermaksud api. Azerbaijan pula adalah nama lama daripada puak Turki yang tinggal di wilayah itu. Azerbaijan juga kerap dirujuk sebagai tapak awal kehidupan manusia.
Malah, Laluan Sutera yang merentasinya menjadikan negara itu membangun seiring peradaban. Bagaimanapun, kerana ia berada di dalam Kesatuan Soviet, pembangunannya masih di belakang.
Namun, sesuatu yang tidak berubah sejak dulu, negara itu terkenal dengan sumber alamnya, iaitu minyak, kapas, minyak zaitun dan kaviar hitam, selain sutera dan fabrik. Justeru, potensi pelancongan di negara itu cukup besar.
Ini seiring dengan dasar buka pintu yang diamalkan oleh pentadbiran Azerbaijan hari ini merangkumi sistem sosial, politik dan reformasi ekonominya. Selain tinggalan peradaban dan seni bina, Azerbaijan juga popular sebagai destinasi pelancongan-pemburuan.
Biasanya, pelancong-pemburuan ini memilih Dagestan untuk memburu sepanjang musim.
Di sini, anda diberi lesen besar dan boleh meneruskan memburu di kawasan hutan simpan Gizilagach dan pada musim sejuk. Selain sinonim dengan negara pengeluar minyak, Azerbaijan terutama Baku kerap menjadi lokasi pelancongan semasa zaman Kesatuan Soviet.
Cuacanya yang panas, lembap dan berhadapan dengan Laut Caspian memberikan negara itu kelebihan.
Mungkin kerana kos yang tinggi untuk sampai ke Azerbaijan dan kualiti prasarana pelancongan yang masih boleh diperbaiki, negara itu belum lagi popular dalam peta pelancongan dunia.
INFO: Azerbaijan

Negara bekas wilayah Russia ini membentuk kerajaan sendiri pada 1991

Terkenal dengan pelbagai tinggalan seni bina merangkumi kubu, masjid, menara dan galeri.

Muzium, galeri dan masjid boleh ditemui hampir di semua bandar di setiap daerah di negara itu.

Terdapat lebih 115 buah muzium di negara ini.

Monumen paling unik adalah makam Momine-Khatun dan Menara Jusif.

Antara wilayah yang membentuk Laluan Sutera

Terkenal dengan minyak dan kesan tinggalan peperangan

Wednesday, August 6, 2008

Kota seni penuh keunikan

ISTANA Hofbugh menyimpan pelbagai khazanah peninggalan Franz Joseph I.

APARTMEN Hundertwasserhaus hasil gabungan seni bina moden dan alam semula jadi
Vienna yang mewarisi sejarah panjang tamadun manusia menawarkan pelbagai kelebihan kepada tetamunya BERADA di Stephanplatz di tengah kota Vienna pada petang menjelang perlawanan separuh akhir Euro 2008 antara Russia dan Sepanyol, boleh membuatkan bulu roma tegak. Preobrajensky March, lagu patriotik Russia dan irama Latin menenggelamkan klasik Mozart yang menjadi kebanggaan rakyat Austria.

Penyokong kedua-dua pasukan seolah-olah lupa mereka berada di Vienna, bukan di Moscow atau Madrid. Hampir di setiap sudut, warna biru, putih, merah dan kuning menyelubungi dataran yang di kelilingi butik jenama mewah dari Prada, Zegna, Armani, Boss, Cartier, Gucci, Louis Vuitton dan pelbagai lagi.

Vienna memang kota mewah dan mahal. Di sebalik deretan bangunan lama bersejarah, sesekali kelihatan deretan pengunjung, terutama wanita yang terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke butik menjual barangan berjenama - kebanyakannya dalam ruangan kecil yang hanya mampu menampung 20 pengunjung.

Satu lagi kawasan tumpuan membeli-belah ialah di Josefstoer strasse, pasar tradisional masyarakat Vienna dengan deretan gerai kecil menjual pelbagai barangan seperti Portobello di London atau Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

Harga di sini agak murah, terutama jika anda ingin membeli cenderahati. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan di Vienna selain membeli-belah. Dari St Stephen Cathedral, Schonbrunn, Hofburg Imperial Palace hinggalah bangunan moden di MuseumsQuartier, kota yang mempunyai sejarah panjang tamadun manusia ini menawarkan pelbagai kelebihan kepada tetamunya.

Istana Schonbrunn yang dibina antara 1695-1700 adalah tempat istirahat keluarga diraja Hapsburg pada musim panas. Ia menjadi saksi pelbagai peristiwa bersejarah. Marie Antoinette dibesarkan di sini, Mozart dan Napoleon pernah mengunjunginya, malah Kennedy dan Kruschoff mengadakan pertemuan di istana itu. Schonbrunn mempunyai 1440 bilik, tetapi hanya 40 bilik yang dibuka kepada orang ramai.

Hiasan dalaman dan perabot mewah menggambarkan kekayaan pemiliknya. Begitu juga tamannya yang luas, dipenuhi pokok bunga yang mekar pada musim bunga. Luangkan masa kira-kira 20 minit untuk menikmati keindahannya.

Sebuah lagi bangunan yang penuh bersejarah ialah Istana Hofburg. Ia kini dijadikan muzium mempamerkan pelbagai harta peninggalan Maharaja Franz Joseph I yang memerintah Austria antara 1846 hingga 1916.

Berdiri di tengah koleksi barangan perak yang digunakan ketika santapan istana sungguh mengasyikkan. Jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan Stephanplatz, Kärntner Strasse dan Mariahilfer Strasse yang sentiasa padat dengan pengunjung, mungkin antara pilihan sesuai ialah melihat keunikan sebuah bangunan yang dibina di persimpangan Jalan Kegelgasse dan Lowengasse di Third District.

Bangunan itu dikenali sebagai Hundertwasserhaus, sempena nama arkiteknya yang juga seorang pelukis ternama, Friedensreich Hundertwasser. Ia sebenarnya adalah kompleks apartmen 52 bilik yang menggabungkan seni bina moden dengan alam semula jadi. Dengan pohon hijau serta bunga menjulur dari balkoni yang menyejukkan suasana serta pelbagai warna yang menghiasi dinding, ia memberikan kelainan sehingga mampu menarik perhatian ribuan pengunjung setiap hari. Malah, penggunaan pelbagai bahan sisa sebagai hiasan menambah lagi keunikannya.

Difahamkan ada kira-kira 250 pohon dan pokok bunga di sekeliling bangunan yang dibina pada 1983 dan siap pada 1986 itu, sesuai dengan hasrat Hundertwasser untuk mewujudkan tempat tinggal yang mesra alam bagi warga Vienna.

Vienna juga terkenal dengan taman bunganya seperti Burggarten, terletak tidak jauh dari Hofburg dan Opera House, Rathauspark yang direka bentuk sendiri oleh Franz Joseph I dan Stadtpark, taman di mana terletaknya Viennese Art Nouveau, galeri arca kontemporari termasuk hasil karya Donald Judd. Bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi, Krems yang terletak di tebing Sungai Danube, kira-kira sejam perjalanan dari Vienna sudah pasti menggamit hati.

Kedamaian desa di pinggir kota dengan bangunan lama yang masih kukuh seolah-olah membawa kita ke zaman kegemilangan Empayar Rom. Memang banyak yang menarik di Vienna, cuma yang sering menjadi masalah ialah komunikasi kerana kebanyakan warga kota itu hanya berbahasa Jerman.

Selain itu, perawakan mereka yang agak serius, khususnya lelaki menyebabkan pelancong asing agak takut bertegur sapa dengan mereka. Vienna juga kota seni. Tidak hairanlah jika banyak dewan konsert di kota ini seperti di State Opera, Musikverein Golden Hall, Hofburg dan Konzerthaus. Anda juga akan bertemu ramai penjual tiket di setiap pusat pelancongan. Daripada tiket untuk konsert Mozart dan Strauss hinggalah persembahan Vienna Symphony Orchestra yang cukup popular.